Monday 28 October 2013

Petua Untuk Badan dan Ketiak Wangi

Jangan gelak apabila anda membaca tajuk di atas. Ya! Siapa yang tidak mahu badan berbau wangi, terutamanya ketiak? Saya akan kongsikan satu petua yang amat senang untuk dilakukan dan diamalkan.

Anda hanya perlukan bunga cengkih dan air suam sahaja. Apa yang perlu anda buat ialah rendam beberapa (2-3) kuntum bunga cengkih di dalam segelas air suam. Biar berapa ketika sehingga bunga cengkih keluar warna dan bau. Amalkan minum air bunga cengkih setiap hari, dua kali sehari.