Saturday 2 November 2013

Makan buah CERI untuk Sakit Sendi?

Buah ceri? Sedap tapi mahal... tapi percayalah, ia berbaloi terutama bagi sesiapa yang menghidap sakit sendi.

Ceri... selain rupanya yang cantik, rasa yang manis dan ranggup, ia memberi banyak manfaat kesihatan.  Saya begitu teruja untuk berkongsi pemerhatian saya mengenai buah ceri.

Nota : saya tidak akan sertakan sebarang kajian sains di sini kerana entri ini adalah semata-mata berdasarkan pemerhatian dan eksperimen saya yang ternyata berkesan.

Apa dia?

Saya masih muda tetapi kadang-kadang saya akan diserang sakit sendi di bahagian lutut. Dan ia amat menyakitkan, seperti sendi di kepala lutut dihiris dengan pisau. Ngeri, bukan?

Apa yang saya buat?

Saya pernah mengambil supplement  yang mengandungi glucosamine. Saya menghabiskan satu botol suplement tersebut dalam masa sebulan dan alhamdulillah, sakit sendi di lutut saya hilang.

Beberapa tahun kemudian, sakit lutut saya tiba-tiba menyerang. Waktu itu saya berada di Rom, Itali dan kebetulan ia adalah semasa musim panas, bermakna cherries could be found in abundance. Sebagai penggemar ceri tegar, perkara pertama yang saya lakukan apabila sampai di sana ialah mencari buah ceri. Selepas memakan lebih kurang 1kg ceri dalam masa 2 hari, sakit lutut saya tiba-tiba hilang dan saya dapat berjalan seperti biasa. Sejak itu, apabila sendi di  lutut saya mula terasa sakit, saya akan makan buah ceri. Tentunya buah ceri jauh lebih sedap daripada makan pil vitamin!


3 comments:

  1. salam, dari http://hairul-hasraf.blogspot.com/2011/05/kenwood-bread-maker-masuk-tepung-keluar.html, saya ada terbaca
    "I beli kenwood bm450 ni tp tersadai dlm stor...agak2 klu saya jual ada orang berminat nak beli ke?"

    mesin awak ni dah dijual ke? berapa harga nak jual?

    ReplyDelete
  2. i am 29...kadang2 mmg saket lutut..kalah org tua2.. dan oleh kerana saye suke makan buah juga maka haruslah cuba ni...=)

    thanks for sharing x_X

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi... sorry for late reply. You dah trytip yg I kasi? Hopefully it works on you.

      Thanks for dropping by.

      Delete