Saya mula mengambil pembantu rumah atau lebih dikenali dengan maid di Malaysia ini apabila anak sulung saya mula bersekolah darjah satu. Saya memang memerlukan seseorang untuk menguruskan makan pakainya terutamanya apabila dia pulang dari sekolah dan akan kembali ke sekolah pada petangnya. Ya, anak saya (dan mungkin juga kebanyakan kanak-kanak lain) bersekolah pada sebelah pagi dan petang. Di samping itu beban kerja di pejabat yang menuntut saya pulang pada malam hari juga merupakan antara faktor penyebab saya memutuskan untuk mengambil seorang pembantu rumah. Lagipun, saya juga sudah menyampah dengan kerenah pengasuh yang semakin menjadi-jadi. Saya fikir, jika saya terpaksa membayar jumlah yang sama kepada pengasuh atau pembantu, saya lebih rela membayar khidmat seorang pembantu rumah kerana beberapa faktor lain. Sekurang-kurangnya saya boleh tentukan apa dan bagaimana dia harus melakukan kerjanya di rumah saya.
Love and hate relationship. Itulah yang saya boleh katakana, antara saya dan pembantu rumah saya.
Love- saya suka ada seorang maid di rumah untuk membantu saya, melakukan kerja-kerja yang saya tidak dapat buat serta terlalu penat untuk melakukannya.
Hate- kerana mereka ini sememangnya banyak kerenah (degil, kurang ajar, tidak mahu mendengar kata), bukan seorang pembersih dan tidak tahu bersyukur. Kenapa saya berkata begitu? Biarlah saya katakan, saya telahpun menggunakakn khidmat 2 orang pembantu rumah dalam waktu 5 tahun, saya perhatikan terdapat satu trend atau perangai yang serupa, seperti yang saya nyatakan tadi.
Lagi 4 bulan pembantu rumah saya akan menghabiskan kontraknya dan saya sebenarnya ada perasaan bercampur-campur. Pertama, saya rasa saya masih sayang untuk melepaskannya kerana saya masih memerlukan seorang pembantu tetapi pada masa yang sama saya tidak sabar untuk menghantarnya pulang. Berita (saya tidak pasti jika ia sudah rasmi atau belum kerana saya tidak mendengarnya secara rasmi) tentang gaji minima pembantu rumah dan beberapa insentif dan syarat lain seperti satu pembantu untuk satu kerja (well, that is bullshit because no one just do one thing in a household) dan outing. Seperti yang pembantu rumah saya sentiasa war-warkan...jika dia tidak keluar, saya perlu membayarnya RM800 sebulan dan jika dia keluar sekali seminggu saya perlu membayar minima RM700 (see- minima!). Dia minta saya bayar RM750 atau sekurang-kurangnya RM700 sebulan.
Sebenarnya saya tidak kisah untuk membayar dia RM700 atau RM750 jika berbaloi. Cuba lihat ni...
1) Dia akan cuti bermalam (Sabtu dan Ahad) sekali sebulan. Di samping itu, saya juga benarkan dia keluar outing jumpa kawan, sanak saudara dan apa-apa sahaja jika perlu. Kadang-kadang dia keluar 2-3 kali sebulan. Pernah beberapa kali dia beberapa bercuti tanpa persetujuan saya. Contoh. Dia sepatutnya bercuti selama 2 hari sahaja tetapi dia extend cuti sendiri 2 hari lagi tanpa pengetahuan/memberitahu saya. Apabila saya telefon (berbelas kali) langsung dia tidak jawab. Apabila dia balik, saya tanya kenapa tak beritahu saya mahu ambil cuti lebih, dia kata "Aku penat." Adakah kita sebagai seorang pekerja berani berkata begitu kepada majikan sendiri? Dan berani pula nak demand gaji lebih2?
2) Kualiti kerja - saya tak kisah jika tidak tip top tetapi jika below standard, susah juga untuk membayarnya sehingga RM700-RM800.
3)Kerjanya pun bukannya banyak sangat...Tengokkan budak2. Masak sekali sehari (satu atau 2 lauk je)...Kadang-kadang saya masak. So, what is the fuck with satu maid satu kerja? Lainlah seperti di Indonesia...mereka hanya dibayar berapa ratus rupiah sahaja, jadi majikan memang mampu membayar beberapa orang pembantu untuk setiap kerja berlainan. Hello??...Lagipun dia pun makan jugakan? Anyway, klu banyak sangat kerja, takkanlah dia ada masa nak tonton tv 3 sesi sehari walaupun dia kadang-kadang dia tengok tv sambil lipat kain, sementara tandas tidak dicuci bersih-bersih malah botol susu, botol air dan pinggan mangkuk selalu sahaja tidak bersih? Itu kerja rutin di dalam rumah, bukan rocket science pun...
4) Perangainya yang tidak mahu mendengar kata, mulut celupar dan yang seangkatan dengannya membuatkan saya malas nak melayan kerenahnya.
5) Bercerita pasal gaji, perlu diingat, segala perbelanjaan makan minum dengan kadar inflasi yang setiap tahun meningkat, kita yang tanggung. Tiket kapalterbang untuk bercuti, serta duit lebih atau kain baju apabila dia bercuti dan untuk hari-hari tertentu...itu merupakan perks yang termasuk dalam package juga. Kebanyakan dari kita hanya ada anak 3-4 orang sahaja, yang bersekolah pagi dan petang. Lainlah jika ada anak 5-6 orang, jadi beban kerja akan bertambah.
To be fair to her, why I love to have a maid...
i) Saya tidak terlalu penat kerana terpaksa terkejar-kejar melakukan kerja rumah.
ii) Senang untuk saya membuat sesuatu urusan seperti membeli barangan dapur, urusan rasmi, bercuti atau keluar berdua bersama suami (kadang-kadang saya lakukan ini apabila keadaan memerlukan atau terpaksa.
iii) Urusan remeh temeh seperti menjahit butang baju yang tercabut, jahit lencana sekolah, pendekkan kaki seluar etc maid saya yang akan buat.
iv) Urusan anak-anak lebih mudah terutamanya apabila anak-anak menghadiri beberapa sesi sekolah, tuition atau aktiviti lain.
v) Anak-anak jarang sakit kerana tidak terdedah dengan hujan dan tempias apabila saya mengambil mereka di rumah pengasuh.
Rasanya cukuplah saya membebel pasal pembantu rumah. Apabila dia berhenti bekerja nanti saya tidak pasti bagaimana saya mahu menguruskan semua perkara-kerja, anak-anak, kerja rumah etc. Sesetengah perkara terpaksa di"outsource"...Saya mengambil keputusan tunggu dan lihat sahaja. Jika terpaksa, saya terpaksa mengupah pembantu rumah juga. Pejam mata sahaja.
No comments:
Post a Comment